Laporan Lengkap

Semua maklumat penting perjalanan bisnes dipaparkan di muka depan (“dashboard”) ITEAMS seperti pendapatan bulanan, jumlah gaji, bilangan pelajar aktif, jumlah yuran yang sudah dikutip dan juga keuntungan semasa untuk bulan tersebut.

Maklumat secara terperinci kewangan boleh didapati di tab ‘Laporan’ untuk meneliti prestasi kewangan secara menyeluruh.

Tab yuran pula akan menyenaraikan jumlah yuran terkini yang perlu dibayar oleh ibu bapa dan juga jumlah yuran tertunggak jika ada. Pengusaha home tuisyen akan dapat mengawal duit keluar masuk dengan lebih mudah dan efisien.